Buat jadual dengan 4 ruang(kolum).Kolum 1: Masa
Kolum 2: Topik
Kolum 3: Isi utama yang dibaca
Kolum 4: T/tangan ibubapa.
Jadual belajar: Pastikan sehari 3 kali belajar - Pagi sekali / Petang sekali & Malam sekali
Setiap kali belajar bergantung kepada kemampuan anak itu menumpukan perhatian, contoh,
Anak yang tekun- 1jam / Anak aktif- 40 minit / Anak yang sederhana - 30 minit
Ibubapa memang inginkan anak yang pandai, tetapi perlu sedar bahawa anak-anak berbeza dari segi kemampuannya memberikan tumpuan. Cuba elakkan supaya anak tidak rasa tertekan kerana tiada apa yang anak dapat jika rasa tertekan semasa mengulangkaji.
Ibubapa selalu menegur jika anak tidak mendengar kata, tetapi jarang yang memberikan pujian apabila anak melakukan kebaikan. Sebenarnya anak perlukan sentuhan tersebut daripada ibubapanya. Jika susah kita memberikan pujian, lambat-laun anak itu akan mencari pujian daripada orang lain. Salah satu punca anak lebih suka melepak ialah kerana mereka mendapat pujian itu daripada rakan-rakan diluar sana.
Sama-samalah kita timbang-timbangkan pandangan ini...
lebih bagus kalau ada contoh jadual sebenar dipaparkan sekali...
ReplyDelete